Mangsa tanah runtuh ditemui berpelukan

Bencana tanah runtuh di Desa Rawa, Cibeber malam semalam telah mengorbankan dua nyawa dan memusnahkan tiga buah rumah.- FOTO: KOMPAS
A
A

JAWA BARAT - Bencana tanah runtuh di Desa Rawa Cibeber malam semalam telah mengorbankan dua nyawa dan memusnahkan tiga buah rumah.

Dua mangsa korban tersebut dikenali sebagai Hendrik, 21 dan Siti, 20 adalah pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga kira-kira tiga bulan lalu.

Pasangan itu tidak dapat menyelamatkan diri ketika berlaku runtuhan tebing sawah setinggi 30 meter yang menimpa rumah mereka sehingga roboh.

Ketua Bahagian Daerah Cibeber, Ali Akbar berkata, mangsa korban, Hendrik ditemukan dalam posisi memeluk isterinya yang turut maut dalam insiden itu.

"Mereka berdua ditemukan di bawah runtuhan rumah yang terkubur di bawah runtuhan tanah," katanya.

Katanya, pasangan suami isteri selamat dikebumikan pagi tadi.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang terselamat, Ida,30, berkata, sebelum berlaku runtuh hujan lebat disertai angin kencang melanda kawasan itu.

"Saya bernasib baik kerana saya dan suami keluar rumah dengan cepat sehingga sempat menyelamatkan diri. Jika saya terlambat kami juga akan terkorban," katanya.- Agensi