Enam perkara terkini berlaku di China

China terus menjadi perhatian dunia dengan pelbagai kemelut yang berlaku di negara itu.
China terus menjadi perhatian dunia dengan pelbagai kemelut yang berlaku di negara itu.
A
A
A

CHINA - Pelbagai kemelut dan penindasan sedang berlaku di China khususnya Hong Kong yang kini mendapat bantahan besar-besaran daripada rakyat.

Pentadbiran negara itu masih berdiam diri dan bertindak mengunci mulut walaupun media dalam dan luar negara melaporkan kekerasan yang dilakukan.

Mari lihat enam perkara terkini yang dilaporkan oleh media berkaitan China dalam tempoh 24 jam.

1. Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat mengumumkan senarai hitam 28 entiti China yang dikatakan terbabit dalam pencabulan dan penderaan hak menyasarkan etnik Uighur dan minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang yang telah diumumkan oleh Setiausaha Perdagangan, Wilbur Ross.

Wilbur Ross
Wilbur Ross

2. Beberapa ahli perniagaan China menggantung penajaan mereka terhadap pasukan bola keranjang, Houston Rockets selepas pengurus pasukan, Daryl Morey menyatakan sokongan terhadap bantahan aman Hong Kong di laman Twitternya.

Persatuan Bola Keranjang China, Yao Ming yang juga bekas pemain Rockets akan menggantung semua kerjasama dengan pasukan berasal dari Texas itu.

Saluran terkenal sukan di China, CCTV 5 juga akan menggantung penyiaran aktiviti dan perlawanan Rockets dari televisyen di China.

Artikel Berkaitan:

Ahli perniagaan China menggantung penajaan mereka terhadap pasukan bola keranjang, Houston Rockets selepas pengurus pasukan, Daryl Morey menyatakan sokongan terhadap bantahan aman Hong Kong di laman Twitternya.

3. China telah membuang segala rujukan dan video berkenaan siri kartun sentral 'South Park' yang terkenal di Amerika Syarikat selepas mengeluarkan episod terbaru bertajuk 'Band in China' yang telah disiarkan pada 2 Oktober lalu mengkritik hubungan antara Hollywood dan kerajaan China.

Bagaimanapun penerbitan kartun tersebut yang dicipta oleh Matt Stone and Trey Parker telah meminta maaf di Twitternya hari ini.

Siri kartun sentral 'South Park' memohon maaf atas di atas episod terbaru bertajuk 'Band in China' yang telah disiarkan pada 2 Oktober lalu. Dalam episod tersebut menunjukkan Randy di dalam kem penjara China menyebabkan China melarang sebarang rujukan dan video berkenaan kartun tersebut.

4. Tentera China mengeluarkan amaran kepada penunjuk perasaan di Hong Kong hari ini dan mereka boleh ditahan kerana menyasarkan dinding berek di bandar itu dengan lampu laser. Ia adalah interaksi langsung pertama daripada angkatan tentera tanah besar sejak empat bulan tunjuk perasaan antikerajaan.

Pertembungan dengan tentera China berlaku selepas perhimpunan puluhan ribu penunjuk perasaan awal hari ini bertukar menjadi ganas di beberapa lokasi.

Tentera berpakaian celoreng akan melakukan pemeriksaan ketat dengan menghalakan lampu suar ke arah penunjuk perasaan selain teropong dan kamera untuk melakukan pemantauan.

Tentera China mengeluarkan amaran kepada penunjuk perasaan di Hong Kong, hari ini dan mereka boleh ditahan kerana menyasarkan dinding berek di bandar itu dengan lampu laser.
Tentera China mengeluarkan amaran kepada penunjuk perasaan di Hong Kong, hari ini dan mereka boleh ditahan kerana menyasarkan dinding berek di bandar itu dengan lampu laser.

5. China secara senyap menambah lebih dua kali ganda pengerahan pasukan keselamatan dari tanah besar di wilayah Hong Kong yang merupakan tindakan paling dramatik oleh Beijing untuk persiapan berlaku keganasan rusuhan di pusat kewangan global itu.

China kini mengumpul pasukan aktif terbesarnya terdiri daripada anggota Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan kakitangan antirusuhan lain termasuk elemen Polis Rakyat Bersenjata (PAP), pasukan keselamatan separa tentera antirusuhan dan keselamatan dalaman tanah besar di bawah arahan berasingan PLA.

Sehingga kini, kehadiran PAP di sini tidak diketahui secara umum yang jumlahnya dianggarkan10,000 hingga 12,000 anggota.

China secara senyap menambah lebih dua kali ganda pengerahan pasukan keselamatan dari tanah besar di wilayah Hong Kong yang merupakan tindakan paling dramatik oleh Beijing untuk persiapan potensi rusuhan bertukar ganas di pusat kewangan global itu.

6. Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Hong Kong kini berdepan kesukaran untuk melakukan aktiviti harian susulan tercetusnya tunjuk perasaan yang menyebabkan negara terbabit mengisytiharkan perintah darurat pertama dalam tempoh 52 tahun.

Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Hong Kong kini berdepan kesukaran untuk melakukan aktiviti harian susulan tercetusnya rusuhan oleh rakyat di sana.
Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Hong Kong kini berdepan kesukaran untuk melakukan aktiviti harian susulan tercetusnya rusuhan oleh rakyat di sana.

Rata-rata mereka mengambil langkah waspada susulan rusuhan antikerajaan yang memaksa mengurangkan aktiviti luar atas faktor keselamatan.

Mereka juga menghadapi kesukaran berurusan dengan bank untuk mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).