Dah lah bawa laju, buat aksi 'wheelie' pula

Sebahagian motosikal yang disita dalam Op Samseng Jalanan pagi tadi. - Foto ihsan PDRM
Sebahagian motosikal yang disita dalam Op Samseng Jalanan pagi tadi. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

IPOH - Tindakan sekumpulan lelaki menunggang motosikal secara berbahaya membawa padah apabila ditahan dalam satu Op Samseng Jalanan di sekitar Ipoh awal pagi tadi.

Selain memandu laju, penunggang motosikal terbabit dikesan melakukan aksi 'wheelie' dengan mengangkat tayar hadapan berulang kali.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Zakaria Abd Rahman berkata, operasi bermula jam 1 pagi itu tertumpu di Jalan Jelapang dan Jalan Pasir Puteh berhampiran Station 18.

"Risikan mendapati terdapat beberapa motosikal melakukan aksi berbahaya dengan menunggang laju dan beraksi 'wheelie'.

"Perbuatan mereka mengganggu pengguna jalan raya lain," katanya.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut seramai 18 individu telah ditangkap atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, halangan lalu lintas, ubah suai motosikal dan nombor pendaftaran.

Katanya, polis turut menyita 19 motosikal termasuk sebuah yang ditinggalkan di kawasan Station 18.

“Semua tangkapan dan motosikal yang dirampas dibawa Unit Penguatkuasa Trafik IPD Ipoh untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara berbahaya," katanya.