Nahas Myvi biru: Saksi kejadian diminta tampil

Tangkap layar video tular yang menunjukkan kemalangan tersebut. Gambar kecil: Azman
Tangkap layar video tular yang menunjukkan kemalangan tersebut. Gambar kecil: Azman
A
A
A

SHAH ALAM - Polis meminta individu yang merakam kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi berwarna biru bersama dua buah kenderaan lain di Kilometer 26.3 Lebuhraya Kesas di sini pada 2 Oktober lalu segera tampil untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Polis berharap individu yang merakam kejadian tersebut agar segera menghubungi polis bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan oleh pemandu Myvi biru gagal mengawal kenderaan akibat memandu melebihi had laju yang dibenarkan dan gagal memotong lalu melanggar kenderaan kedua dan ketiga," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan 1987.

Terdahulu, tular rakaman video menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu laju dan melulu sehingga mengakibatkan kemalangan.

Kejadian yang berlaku jam 5.58 petang itu dirakam melalui video sebuah kenderaan yang kebetulan berada di lokasi ketika kejadian.

Dalam rakaman tersebut kelihatan kereta Myvi berwarna biru dipandu laju di lorong sebelah kiri dan kemudiannya memotong sebuah lagi Myvi berwarna hitam.

Artikel Berkaitan:

Kegagalan pemandu Myvi biru itu menganggarkan jarak selamat untuk memotong sebuah lagi Myvi menyebabkan berlakunya pergeseran.

Pemandu Myvi biru itu kemudiannya merempuh sebuah lagi kereta jenis Honda City sebelum terbabas ke tepi jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana Myvi Biru...