Kerana Myvi Biru...

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.58 petang 2 Oktober lalu.
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.58 petang 2 Oktober lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu laju dan melulu sehingga mengakibatkan kemalangan tiga kenderaan lain.

Kejadian yang berlaku jam 5.58 petang pada 2 Oktober lalu dirakam melalui video sebuah kenderaan yang kebetulan berada di lokasi ketika kejadian.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan kereta Myvi biru itu dipandu laju di lorong sebelah kiri dan kemudiannya memotong sebuah lagi Myvi berwarna hitam.

Kegagalan pemandu Myvi biru berkenaan menganggarkan jarak selamat untuk memotong sebuah lagi Perodua Myvi menyebabkan berlakunya pergeselan.

Pemandu Myvi biru itu kemudiannya merempuh sebuah lagi kereta jenis Honda City sebelum terbabas ke tepi jalan.

Video berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin dan Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan laporan daripada pihak polis berhubung kemalangan ini.

Artikel Berkaitan: