Perusuh rampas dan pandu jentolak

Seorang penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong merampas sebuah jentolak dan memandu jentera tersebut di kawasan tengah bandar di Shau Kei Wan.
Seorang penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong merampas sebuah jentolak dan memandu jentera tersebut di kawasan tengah bandar di Shau Kei Wan.
A
A
A

HONG KONG - Seorang penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong bertindak di luar jangkaan apabila merampas sebuah jentolak sebelum memandu jentera tersebut di tengah bandar.

Insiden itu berlaku semasa bantahan di daerah Shau Kei Wan semalam.

Saksi di tempat kejadian berkata, perampas merupakan seorang lelaki muda dan kelihatan tidak tahu cara mengendalikan jentera berkenaan.

"Seorang lelaki naik dan pandu sebuah jentolak yang diletak di hadapan sebuah bangunan di Shau Kei Wan.

"Jentera itu dipandu terhuyung-hayang. Apa pun, dia kelihatan amat gembira dapat memandu jentolak tersebut," katanya.

Tindakan lelaki itu mendapat sorokan gemuruh daripada penunjuk perasaan lain yang turut berhimpun di kawasan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, penunjuk perasaan melanggar larangan penggunaan topeng dan tidak mematuhi perintah darurat yang diisytiharkan kerajaan pimpinan Carrie Lam semalam.

Ratusan penunjuk perasaan kebanyakannya pekerja pejabat berarak di kawasan perdagangan hub kewangan Asia itu hari ini.

Artikel Berkaitan:

Penunjuk perasaan menggunakan topeng untuk mengelak dikenal pasti, selain topi keledar kuning, cermin mata keselamatan dan alat pernafasan sebagai perlindungan terhadap gas pemedih mata dan peluru getah ditembak polis.

Tunjuk perasaan di Hong Kong yang ada kalanya berlangsung ganas, tercetus susulan rang undang-undang yang membenarkan warga Hong Kong diekstradisi ke tanah besar China untuk dibicarakan.

Rang undang-undang itu bagaimanapun telah dimansuhkan. - Agensi