X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat karaoke 6 tingkat tawar khidmat GRO diserbu

Seramai 14 GRO warga Thailand dan Laos berusia lingkungan 21 hingga 44 tahun dicekup di samping GRO tempatan berusia 20 hingga 34 tahun.
A
A

SHAH ALAM - Sebuah pusat karaoke enam tingkat yang dipercayai menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan tempatan diserbu dalam operasi Unit Pencegahan Maksiat Bahagian & RO D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Sungai Way semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Isa berkata, seramai 20 wanita warga asing dan tempatan ditahan dalam operasi yang diketuai oleh Ketua Unit Pencegahan Maksiat D7 JSJ Bukit Aman, Deputi Superintendan Redzaime Abd Hamid.

Menurutnya, pusat hiburan itu menyediakan hiburan berkonsepkan karaoke bagi menarik pelanggan.

Pusat hiburan itu menyediakan hiburan berkonsepkan karaoke bagi menarik pelanggan.
Pusat hiburan itu menyediakan hiburan berkonsepkan karaoke bagi menarik pelanggan.

"Premis yang diserbu terletak di kawasan bangunan yang menyediakan tempat hiburan enam tingkat," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Rohaimi berkata, polis berdepan kesukaran kerana premis terbabit menggunakan pintu besi bermagnet yang dikawal tiga bouncer (penjaga pub) berusia 22 hingga 51 tahun serta dilengkapi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, seramai 14 GRO warga Thailand dan Laos berusia lingkungan 21 hingga 44 tahun dicekup manakala GRO tempatan berusia 20 hingga 34 tahun.

"Kes disiasat mengikut Peraturan 55b Peraturan Imigresen 1963, Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!