Hotel jadi port lepas gian dadah

Anak-anak turut berada di sebuah bilik hotel, tempat melepas gian penagih dadah.
Anak-anak turut berada di sebuah bilik hotel, tempat melepas gian penagih dadah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah bilik hotel di Pudu di sini dikesan menjadi port melepas gian penagih dadah dalam Ops Bersepadu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sempena sambutan Tahun Baru, malam tadi.

Seramai sepuluh orang dan tiga kanak-kanak berusia setahun hingga 3 tahun berada dalam bilik yang disewa sebuah keluarga sejak empat bulan lalu.

Saringan air kencing mendapati enam daripadanya terdiri empat lelaki dan dua perempuan berusia 17 hingga 25 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

Antara yang ditahan selepas positif dadah.
Antara yang ditahan selepas positif dadah.

Menurut Pengarah AADK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Tangku Hanizar Tengku Awang, seramai 16 ditahan positif dadah dalam operasi diadakan di empat hotel sekitar Chow Kit dan Pudu.

"Daripada 24 orang yang disaring, 16 positif dadah terdiri 13 lelaki dan 3 perempuan sementara lapan yang lain negatif.

Meja dipenuhi alat untuk menagih dadah
Meja dipenuhi alat untuk menagih dadah

"Empat yang ditahan berusia 18 tahun ke bawah, 8 daripadanya berusia 19 hingga 40 tahun dan empat lagi antara 41 hingga 50 tahun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam operasi sama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan tangkapan di bawah Seksyen 27 (a) dan (b) Akta 559 (Khalwat) ke atas tujuh pasangan.