Mangsa ribut di Kluang dipindahkan sementara di PPS

Keadaan rumah mangsa yang musnah akibat ribut.
Keadaan rumah mangsa yang musnah akibat ribut.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 10 mangsa daripada satu keluarga ditempatkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kampung Tengah selepas bumbung kediaman mereka di Kampung Paya, Jalan Kampung Tengah, Kluang musnah akibat ribut, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Akob Sedek berkata, mangsa yang terjejas membabitkan tiga lelaki dan tiga wanita dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang bayi perempuan.

Pihaknya menerima laporan kira-kira jam 4.30 petang memaklumkan kejadian dan mangsa dipindahkan ke PPS bagi memastikan mereka benar-benar selamat sebelum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Kejadian ribut berkenaan telah mengakibatkan berlakunya kerosakan di bahagian bumbung, kekuda rumah, dinding dan garaj kereta yang roboh kerana dihempap pokok," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya bersama beberapa agensi sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di jalan utama dan di rumah kediaman terlibat.

“Cuaca juga pada hari ini sudah bertambah baik tetapi kita masih berwaspada dan bersedia untuk sebarang kemungkinan,” katanya.

Artikel Berkaitan: