'Doakan kesembuhan Mohd Shukri'

Mohd Shukri
Mohd Shukri
A
A
A

KOTA SARANG SEMUT - Orang ramai diminta mendoakan keadaan Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd. Shukri Ramli yang rebah akibat serangan jantung ketika menyampaikan ceramah Ahad lalu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau dimaklumkan Mohd Shukri menunjukkan perkembangan positif dan makin baik berbanding sebelumnya.

"Keadaan beliau masih sama, jadi semua pihak diharapkan dapat berdoa kepada ALLAH SWT supaya disembuhkan keadaannya.

"Setakat ini, beliau masih dipantau namun keadaannya makin baik, malah beliau dikatakan menunjukkan reaksi positif selepas menerima bekalan darah semalam," katanya.

Beliau berkata sedemikian pada sidang akhbar selepas Himpunan Muttahidah 1.0 di Kompleks Pas Kedah, Batu 9 di sini tadi.

Menurutnya, beliau akan mengambil peluang meluangkan mangsa bertemu ADUN Sanglang selepas selesai program himpunan tersebut.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli yang rebah ketika berucap pada ceramah Muafakat UMNO-Pas di Dewan 2020, Kangar pada 29 September lepas.

Beliau dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: