V17 diperbaharui enam kamera canggih

KETUA Pegawai Pemasaran Vivo Malaysia, Lewis Zeng (empat dari kiri) bersama artis jemputan dan juga duta, Priscilla Abby dan Datuk Seri Siti Nurhaliza menunjukkan telefon pintar terbaharu, V17 Pro sempena pelancaran di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A

VIVO Communication Technology Co. Ltd (Vivo) sekali lagi mencetuskan fenomena baharu dalam varian telefon pintarnya apabila memperkenalkan V17 Pro paling canggih.

Peranti terkini itu diperkenalkan dalam pasaran tempatan bermula 5 Oktober ini selepas Majlis Pelancaran Vivo V17 Pro di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.

Prestasi telefon pintar yang diperbaharui dengan enam kamera sekali gus memberikan pengalaman mengujakan bagi peminat swafoto, kaki travel dan gamers!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi pihaknya yang mementingkan pengguna.

“Peranti baharu dalam siri V ini tersedia dengan sistem kamera yang menakjubkan pada kedua-dua muka peranti dan ia bertujuan untuk memperkasakan pengguna untuk pengambilan gambar melampaui imaginasi.

“V17 Pro merupakan suatu rekaan yang amat kami banggakan kerana ia memperkukuhkan kedudukan sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik di Malaysia,” katanya.

Vivo V17 diperbaharui enam kamera canggih

Vivo Communication Technology Co. Ltd (Vivo) sekali lagi mencetuskan fenomena baharu dalam varian telefon pintarnya apabila memperkenalkan V17 Pro paling canggih. Prestasi telefon pintar yang diperbaharui dengan enam kamera sekali gus memberikan pengalaman mengujakan bagi peminat swafoto, kaki travel dan gamers! 32MP Dual Elevating kamera hadapan yang pertama dalam industri, Vivo V17 Pro bakal menjadi ikonik dalam kelasnya tersendiri dengan spesifikasi cukup sofistikated. Hanya pada harga RM1,699 sahaja untuk pilihan warna knight black dan crystal white, peminat Vivo boleh mendapatkannya bermula 5 Oktober ini di rangkaian kedai terpilih dan Lazada. #etrend #hobi #gajet #lifestylesinarharian

Posted by Sinar Harian on Friday, October 4, 2019

Hanya yang pertama dalam industri dengan keunikan 32MP Dual Elevating kamera hadapan, Vivo V17 Pro bakal menjadi ikonik dalam kelasnya tersendiri dengan spesifikasi cukup sofistikated.

Hanya pada harga RM1,699 sahaja untuk pilihan warna knight black dan crystal white, peminat Vivo boleh mendapatkannya di rangkaian kedai terpilih dan Lazada.