'PH akhirnya akui GST lebih baik' - Najib

Najib (dua dari kiri) bersama Jefridin (kiri) dan Md Israk (dua dari kanan) dan Ahmad (kanan) bersarapan di Rimba Terjun di sini pagi tadi.
Najib (dua dari kiri) bersama Jefridin (kiri) dan Md Israk (dua dari kanan) dan Ahmad (kanan) bersarapan di Rimba Terjun di sini pagi tadi.
A
A
A

PONTIAN - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengakui akhirnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terdapat kelompongan sebanyak RM24 bilion apabila GST dihentikan pada September tahun lepas.

Menurutnya, Persekutuan Pengilang- pengilang Malaysia (FFM) mengakui memilih GST kerana mendapat pengecualian dan input cukai bagi barang yang mereka eksport.

"Tindakan memansuhkan GST juga telah menyebabkan kerugian akibat ketirisan.

"GST lebih telus kerana mereka yang berada membayar lebih dan mereka yang kurang akan mendapat faedah kerana banyak barang dikecualikan daripada cukai itu," katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu ditemui media ketika bersarapan pagi bersama kira- kira 500 masyarakat Tanjung Piai, di Warung Farhan Rimba Terjun di sini pagi tadi.

Hadir sama, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan; Timbalan Ketua UMNO, Md Israk Abdullah dan Timbalan Pengerusi MCA Tanjung Piai, Tan Eng Meng.

Semalam Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia mengkaji semula pelaksanaan GST jika itu kehendak rakyat.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar lebih rendah iaitu tiga peratus pada Bajet 2020.