Inflasi akan meningkat jika GST kembali, kata Guan Eng

 Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kadar inflasi akan meningkat sekiranya kerajaan melaksanakan semula enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Tegas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sejak GST dimansuhkan Jun tahun lalu, kerajaan berjaya menampung kadar inflasi.

"Sekiranya GST akan kembali pada kadar enam peratus, maka inflasi juga akan meningkat," katanya.

Menurutnya, bagi mengembalikan semula GST, kajian dan bukti kukuh (incontrovertible evidence) perlu dikemukakan.

"Harus diingat, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu, rakyat menolak GST dan Pakatan Harapan telah melaksanakan manifestonya (mansuh GST) sebagaimana dijanjikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan MOF di sini hari ini.

Beliau mengulas sedemikian selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dilapor sedia mengkaji cadangan mengembalikan semula GST jika itu kemahuan rakyat.

Guan Eng berkata, perlaksanaan semula GST memerlukan mandat jelas daripada rakyat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

"Jika rakyat mahukannya kita perlukan mandat jelas daripada mereka.

Artikel Berkaitan:

"Perdana Menteri hanya menjawab pertanyaan media dengan berkata jika rakyat mahukan GST, maka kerajaan sedia menimbangkannya,” katanya.

GST diperkenalkan pada 1 April 2015 oleh kerajaan terdahulu dan dimansuhkan sepenuhnya Jun 2018 sebelum cukai jualan dan perkhidmatan dilaksanakan pada 1 September.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sedia kembalikan GST: PM