Dua lelaki ditahan kerana dadah

Polis memeriksa dokumen penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya di Jalan Klang-Banting-Port Dickson dan Jalan Persiaran Majlis malam tadi.
Polis memeriksa dokumen penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya di Jalan Klang-Banting-Port Dickson dan Jalan Persiaran Majlis malam tadi.
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis menahan dua lelaki dalam Operasi Cegah Jenayah Bersepadu Ambang Tahun Baharu di sekitar daerah ini selepas dipercayai memiliki dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kedua-dua individu berusia 34 dan 48 tahun itu ditahan kerana dipercayai memiliki dadah jenis heroin seberat 3.9 gram.

Menurut Azizan, kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi bermula jam 10 malam dan berakhir pada jam 3 pagi itu disertai seramai 60 orang pegawai dan anggota polis dan telah memeriksa 157 individu serta 117 kenderaan bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan jenayah di sekitar daerah ini," katanya.

Azizan memberitahu, sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Kuala Langat juga turut membuat sekatan jalan raya di Jalan Klang-Banting-Port Dickson dan Jalan Persiaran Majlis bagi mengesan pesalah trafik.

“Dalam operasi sekatan itu, sebanyak 155 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada lampu brek dan tiada cermin sisi.

"Seramai 190 orang daripada 185 kenderaan diperiksa di dua lokasi sekatan jalan raya bagi mengesan pesalah trafik.

"Pemeriksaan merangkumi semua kenderaan termasuklah kereta, motosikal, van, bas, teksi dan lori," katanya.

Artikel Berkaitan: