Padah tunggang melulu, berbahaya

Ops Ambang Tahun Baharu JSPT Pahang dan Trafik Kuantan bersama beberapa agensi penguat kuasa itu dijalankan di empat lokasi.
Ops Ambang Tahun Baharu JSPT Pahang dan Trafik Kuantan bersama beberapa agensi penguat kuasa itu dijalankan di empat lokasi.
A
A
A

KUANTAN - Dua penunggang ditahan dalam Ops Tahun Baru selepas dikesan menunggang secara melulu dan merbahaya di dua lokasi berasingan sekitar daerah ini, malam tadi.

Lelaki berusia 18 dan 22 tahun yang dicekup ketika 'beraksi' di Jalan Sekilau dan Jalan Batu 12 di sini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, turut ditahan seorang penunggang berusia 18 tahun kerana positif dadah.

Menurutnya, Ops Ambang Tahun Baharu JSPT Pahang dan Trafik Kuantan bersama beberapa agensi penguat kuasa itu dijalankan di empat lokasi iaitu di hadapan Pusat Tranformasi Bandar UTC Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, Jalan Pintasan Kuantan dan Jalan Bukit Ubi di sini.

No Image Caption

"Hasil operasi disertai 56 anggota bersama tujuh pegawai pelbagai agensi itu, pihak kami mengeluarkan 78 notis saman atas pelbagai kesalahan.

"Ia melibatkan 31 motosikal, 38 kereta, tujuh lori dan dua kenderaan pacuan empat roda," katanya.

Kamarulzaman berkata, pihaknya turut menyita lapan motosikal kerana menunggang tanpa lesen, tiada cukai jalan dan diubah suai.

Artikel Berkaitan:

"Daripada keseluruhan saman dikeluarkan, kesalahan tertinggi dikesan melibatkan nombor pendaftaran tidak mengikut speksifikasi (25 kes), ubah suai ekzos (19), tiada lesen (15), tiada cukai jalan (6) dan lain-lain kesalahan (13)," katanya.

Beliau berkata, dalam operasi sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan pemeriksaan ke atas 20 kenderaan dan lima saman dikeluarkan.

"Pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melakukan ujian air kencing ke atas 31 penguna jalan raya dan empat daripada mereka didapati positif dadah," katanya.