APMM selamatkan nelayan Thailand jatuh laut

Nelayan Thailand yang diselamatkan dipapah semasa tiba di Pelabuhan Kemaman, tengahari semalam.
Nelayan Thailand yang diselamatkan dipapah semasa tiba di Pelabuhan Kemaman, tengahari semalam.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang nelayan Thailand yang hanyut selama tiga hari selepas terjatuh daripada bot ditemui selamat oleh pihak pelantar Petronas sebelum diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tengah hari semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, mangsa, Manat Kim Im, 40, yang terapung di laut sebelum itu diselamatkan oleh kru Bos Aishah Aim 2 di sekitar kawasan Platform kecil North Larut pada Ahad lalu.

Menurutnya, keesokan harinya mangsa diserahkan kepada Kapal Omni Marissa untuk dibawa ke Pelabuhan Kemaman dan diserahkan pula kepada APMM Zon Maritim Kemaman kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Sebaik kapal membawa mangsa merapat di pelabuhan kami mengambil dan membawa mangsa terus ke Zon Maritim Kemaman untuk diambil keterangan.

"Kami juga sudah memaklumkan kepada Kedutaan Thailand berkenaan mangsa yang sudah diselamatkan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Rashidilhadi berkata, pihaknya menyeru orang ramai yang ingin melakukan sebarang aktiviti di laut untuk sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan.

"Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999," katanya.

Artikel Berkaitan: