Sila log masuk terlebih dahulu.

Doakan Hawari ditemui selamat

A
A
A

BERITA SEMASA 21 MEI 2023

Mohon kepada semua rakyat Malaysia berdoa agar Hawari ditemui selamat. Itu harapan ibu kepada pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim dilaporkan hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi di dunia pada Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.

Che Tom Hassan berkata, dia masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya itu dan hanya mengetahui berita mengenai kehilangannya melalui Facebook pada jam 11 pagi, Sabtu.

Menurutnya, walaupun sedih, dia kekal positif bahawa anak ketiga daripada lima beradik itu akan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Artikel: https://bit.ly/42YvA5I

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian