Dakwaan Bahasa Inggeris PT3 diulang semula tidak benar

A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan khabar angin mendakwa Kertas Bahasa Inggeris (Kertas 12/2) untuk Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan diulang semula pada 10 Oktober 2019.

KPM menerusi satu kenyataan memaklumkan, kementerian mengesahkan khabar angin yang tersebar dalam media sosial itu adalah tidak benar.

“Sehubungan itu KPM menasihatkan agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat berkenaan kerana ia akan mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa.

“Ia juga memberikan tekanan kepada calon yang sedang menduduki PT3,” katanya.

Sebelum ini, satu tangkap layar tersebar di aplikasi WhatsApp memaklumkan bahawa ujian Bahasa Inggeris PT3 bakal diulangi pada tarikh 10 Oktober akibat soalan bocor dari pihak tidak bertanggungjawab.

Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 hari ini bermula dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.

Artikel Berkaitan: