Dua jalan di Kampung Pandan ditutup

Penutupan jalan satu lorong bermula simpang Jalan 2/76 (bersebelahan G-Village) hingga 3/76b (stesen minyak Petron) dijadualkan sehingga 11 Disember ini.
Penutupan jalan satu lorong bermula simpang Jalan 2/76 (bersebelahan G-Village) hingga 3/76b (stesen minyak Petron) dijadualkan sehingga 11 Disember ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua jalan di Kampung Pandan di sini ditutup sementara secara berasingan untuk kerja pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) dan longkang monsun.

Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan satu lorong bermula simpang Jalan 2/76 (bersebelahan G-Village) hingga 3/76b (stesen minyak Petron) dijadualkan sehingga 11 Disember ini.

"Pengguna yang mahu ke Bulatan Kampung atau Jalan Perkasa akan dipandu membuat lencongan mengikut papan tanda yang dipasang di jalan tersebut.

"Pengawal trafik, papan tanda amaran dan kon keselamatan akan dipasang sepanjang jalan tersebut," kata kenyataan itu.

Sementara penutupan bagi jalan kedua pula melibatkan keseluruhan lorong dari arah bulatan Kampung Pandan ke Desa Pandan dan Jalan Kampung Pandan ke bulatan Kampung Pandan bermula hari ini sehingga 29 Mei depan.

"Pengguna yang mahu ke Desa Pandan dan Ampang boleh menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Perkasa dan membuat lencongan ke Jalan Perwira atau Jalan Pria.

"Papan tanda dan pengawal trafik turut disediakan bagi tujuan keselamatan dan kemudahan pengguna," memetik kenyataan itu.

Sebarang aduan dan maklum balas boleh menghubungi talian bebas DUKE 03-62513100 atau e-mel enquiries.spe@gmail.com.

Artikel Berkaitan:

Penutupan keseluruhan lorong dari bulatan Kampung Pandan ke Desa Pandan dan Jalan Kampung Pandan ke bulatan Kampung Pandan bermula hari ini sehingga 29 Mei depan.
Penutupan keseluruhan lorong dari bulatan Kampung Pandan ke Desa Pandan dan Jalan Kampung Pandan ke bulatan Kampung Pandan bermula hari ini sehingga 29 Mei depan.