Pembalakan haram di Kelantan ibarat kanser tahap 4

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Masalah pembalakan dan perlombongan haram yang berlaku di Kelantan sangat serius sehingga diibaratkan kanser tahap empat.

Menurut seorang aktivis alam sekitar yang enggan dikenali, aktiviti berkenaan juga sangat aktif dan hanya diketahui pihak tertentu.

"Sememangnya aktiviti pembalakan haram di Kelantan hari ini sangat kritikal. Dah serius di mana-mana pun dan ini didapati berlaku dengan aktif di kawasan pembalakan yang berlesen pula.

"Katakanlah dapat 10 ekar untuk balak, tetapi boleh 'kawtim' pula dengan pegawai hutan jadi 15 ekar. Dapat 'percuma' lima ekar. Jadi, masalah ini memang sangat-sangat kritikal.

"Apa pun langkahnya, sejak awal lagi memang melibatkan duit. Bermula daripada permohonan sehingga lulus lesen, pengeluaran balak, sampai ke kilang kayu, kilang papan semuanya hanya duit," katanya kepada Sinar Harian.

Aktivis berkenaan turut mendedahkan berlakunya 'bayaran' untuk menjamin keberkesanan 'kecurian' dalam kawasan pembalakan berlesen berkenaan.

Menurutnya, bayaran itu antaranya bertujuan melebarkan sempadan harga yang ditetapkan sebanyak RM30 hingga RM40 serantai, manakala bagi tujuan pembesaran kawasan, mengubah bearing dan batu sempadan dikenakan 'bayaran tepi' sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.

"Tiada resit akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran ini, bayangkanlah jika kawasan dibesarkan seluas 40 ekar, pembalak perlu membayar RM80,000 hingga RM120,000 tanpa resit penerimaan.

Artikel Berkaitan:

"Begitu juga untuk memastikan hanya pokok yang berkualiti ditanda (lebih untung) bayaran sebanyak RM30,000 hingga RM40,000 tanpa resit dikenakan, manakala untuk memastikan kategori gred bagi kayu balak, bayaran tambahan dikenakan seperti RM200 perpokok bagi balak gred A dan kayu cengal (RM1,000 perpokok).

Katanya, selain itu, bayaran cukai untuk sebuah lori akan digunakan untuk dua lori balak lain (plet dan pelekat putih).

"Di sini pemandu lori balak juga ada bahagian duit atas usaha memastikan pelekat dan plet di kembalikan ke matau dari kilang papan iaitu sekitar RM200 setiap trip lari cukai," katanya.

Selain itu, sumber berkenaan mendedahkan pada kebiasaannya berdasarkan jenis dan saiz kayu yang biasa sebuah lori boleh dicukai antara RM1,500 hingga RM2,000.

"Bagaimanapun setelah diubah suai, saiz dan jenis kayu, pihak kontraktor membayar kira-kira RM400 sahaja. Jumlah kuantiti dan saiz kayu dikecilkan serta jenis kayu diubah.

"Jenis kayu yang baik mempunyai cukai yang lebih mahal manakala kayu-kayu yang bersaiz besar iaitu bersaiz diameter kurang lapan inci, diisytiharkan sebagai kayu jaras," katanya.

Sumber berkenaan berkata, bagi kayu jenis gred A, cukai mencecah sehingga RM5,000 selori tetapi setelah diubahsuai kontraktor hanya membayar RM1,500.

"Biasanya, 'duit kopi' di pondok cukai adalah sebanyak RM300 hingga RM400 setiap lori. Selain itu, bagi mempercepatkan urusan pengeluaran slip cukai (duit kotak) dibayar antara RM10 hingga RM20," katanya.

Sementara itu, aktivis itu berkata, setakat ini Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat berani membendung gejala rasuah ini.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, kegiatan pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini menjadi fokus SPRM.

SPRM tahan bekas Pengarah Kastam: Latheefa https://www.sinarharian.com.my/article/49823/BERITA/Jenayah/SPRM-tahan-bekas-Pengarah-Kastam-Latheefa

Latheefa berkata, kegiatan berkenaan perlu dibanteras habis-habisan kerana ia melibatkan alam sekitar dan kepentingan awam.

"Selain agensi perhutanan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga sepatutnya disasarkan kerana ini adalah satu kerugian kepada negara. Kerugian yang sangat besar," katanya.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, kegiatan pembalakan dan perlombongan haram di seluruh negara kini menjadi fokus SPRM.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan bekas Pengarah Kastam

Latheefa berkata, kegiatan berkenaan perlu dibanteras habis-habisan kerana ia melibatkan alam sekitar dan kepentingan awam.