Bomba Terengganu lancar EKSA

Mohamad Shoki (dua dari kanan) ketika merasmikan pelancaran EKSA JBPM Terengganu semalam.
Mohamad Shoki (dua dari kanan) ketika merasmikan pelancaran EKSA JBPM Terengganu semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu melancarkan Manual Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) untuk meningkatkan budaya kecemerlangan organisasi berimej korporat.

Pengarah JBPM Terengganu, Mohamad Shoki Hamzah berkata, seluruh bahagian, zon dan balai-balai bomba di JBPM Terengganu perlu mematuhi dan melaksanakan EKSA.

"Selain itu, mereka perlu sentiasa bersedia untuk dibuat penilaian pada bila-bila masa bagi memastikan persekitaran ruang kerja bersih dan kemas.

"Bagi memastikan pelaksanaan EKSA berjalan lancar, semua pihak harus bekerjasama dan perlu mematuhi setiap peraturan dan garis panduan yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Kecemerlangan Sukan di Ibu Pejabat JBPM Terengganu di sini semalam.

Dalam majlis sama, Mohamad Shoki turut menyerahkan tiga pacuan empat roda Toyota Hilux dan enam motosikal baru kepada jabatan terlibat.

Katanya, dengan adanya penambahan jumlah kenderaan berkenaan, mutu dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dipertingkatkan dan digerakkan dengan lebih cepat dan berkesan.

Artikel Berkaitan: