Jet tempur Slovakia terhempas

Jet tempur MiG-29 milik tentera udara Slovakia dilapor terhempas berhampiran bandar Zlate Noravce semalam.
Jet tempur MiG-29 milik tentera udara Slovakia dilapor terhempas berhampiran bandar Zlate Noravce semalam.
A
A
A

BRATISLAVA - Sebuah jet tempur MiG-29 milik tentera udara Slovakia terhempas semalam.

Kementerian Pertahanan Slovakia dalam satu kenyataan berkata, nahas berlaku semasa latihan ketenteraan berhampiran bandar Zlate Noravce.

Ia menambah, juruterbang pesawat malang terbabit berjaya melantun keluar dan ditemui dalam keadaan selamat.

Menurut siasatan awal polis, jet itu terhempas selepas ia berkemungkinan kehabisan minyak.

Pihak berkuasa kini melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.

Sebanyak 11 unit MiG-29 berkhidmat dalam skuadron tentera udara Slovakia buat masa ini.

Difahamkan, Slovakia bercadang menggantikan MiG-29 dengan jet tempur canggih F-16 buatan Amerika Syarikat pada 2022. - Agensi

Artikel Berkaitan: