Agong, Permaisuri naik pesawat angkut TUDM ke Kelantan

KUALA LUMPUR - Mengutamakan urusan untuk berangkat segera memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menaiki pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M ke Kelantan.
Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Kota Bharu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Almarhum Sultan Ismail Petra, 69, mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pukul 8.11 pagi semalam.
Menurut akaun Instagram Istana Negara, Seri Paduka berdua berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut TUDM kerana pesawat kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi yang lain.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diiringi anakanda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah serta pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ismail Petra selamat dimakamkan
Perkongsian di laman sosial itu turut memperlihatkan Al-Sultan Abdullah berkenan bergambar bersama kru penerbangan dan sebuah klip video yang merakam detik keberangkatan Seri Paduka dan rombongan.
Ia mendapat perhatian netizen dengan 7,341 ‘like’ setakat 2 petang ini serta komen positif yang memuji tindakan Seri Paduka berdua yang sanggup menaiki pesawat angkut, sekali gus menyerlahkan keperibadian tinggi pasangan diraja itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Puteri Gunung Ledang kembali menghidupkan pentas seni Malaysia
07 November 2026 08:28amHab halal, pelancongan mampu pacu ekonomi selatan Thailand
07 November 2026 08:20amBerhak tuntut bayaran penuh jika tak puas hati wang ihsan - Peguam
07 November 2026 07:30amSerangan siber: Negara perlu pendekatan proaktif - Anwar
07 November 2026 12:12amKerjasama syarikat perladangan, pekebun kecil sawit dibangkitkan di kabinet minggu depan - Anwar
06 November 2026 11:21pmAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib
06 November 2026 06:16pm[VIDEO] Dua ADUN PN jumpa Tunku Nadzaruddin di Istana Serting
06 November 2026 05:37pmRumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytihar sebagai penjara
06 November 2026 09:57pm- Iklan -- Iklan -
