Polis rampas 1,055kg daun ketum bernilai RM158,250

Ketum

Daun ketum yang berjaya dirampas dalam Op Wawasan Kedah/Perlis pada jam 1.45 pagi tadi.
Daun ketum yang berjaya dirampas dalam Op Wawasan Kedah/Perlis pada jam 1.45 pagi tadi.
A
A
A

PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 Ulu Kinta, Perak telah merampas 1,055 kilogram daun ketum bernilai RM158,250 dalam Op Wawasan Kedah/Perlis pada jam 1.45 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Medan Martak Batalion 1 PGA Bukit Kayu Hitam, Deputi Superintendan Samad Abdullah berkata, dalam kejadian itu, pihaknya sedang melakukan operasi di pagar sempadan kawasan semak berhampiran Gudang Teres Awam Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perlis.

Menurutnya, anggotanya telah ternampak sekumpulan lelaki sedang memunggah sesuatu di kawasan berkenaan.

"Apabila menyedari kehadiran pihak polis, kumpulan lelaki itu telah melarikan diri ke kawasan semak berhampiran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Samad, hasil pemeriksaan di kawasan sekitar telah menjumpai 44 guni berwarna merah dan lima guni berwarna putih berisi daun berwarna hijau disyaki daun ketum.

"Kes telah disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: