X

Kindly register in order to view this article
!

Pasukan F1 Lewis Hamilton pecat pekerja hina rakan Muslim

Pasukan Mercedes-AMG Petronas pecat empat pekerja kerana buli rakan setugas Muslim.
A
A

LONDON - Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG Petronas yang ditunjangi juara dunia lima kali dari Britain, Lewis Hamilton dilapor telah memecat empat orang pekerja di Jabatan Teknologi Maklumat (IT) selepas mereka didapati memanggil rakan setugas beragama Islam sebagai pengganas.

Serangan berbaur perkauman dan Islamofobia itu dilaporkan berlaku di ruang merokok di pangkalan utama pasukan itu di Brackley, Northamptonshire.

Siasatan mendapati mereka turut membuat pertaruhan bagi meneka sejauh mana rakan setugas Muslim mampu menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan.

Kesemua pekerja terbabit dipecat bulan lalu manakala tiga lagi diberi amaran kerana melanggar peraturan kepelbagaian syarikat.

"Mereka telah menyasarkan seorang lelaki Muslim selama bertahun-tahun. Ia amat melampau, lebih-lebih lagi Lewis sendiri amat lantang dalam isu perkauman.

"Apa pun, kami mengutuk keras perbuatan sebegini dan tindakan tegas telah diambil serta-merta," menurut kenyataan rasmi pasukan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus