X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga bidang dijangka terima bajet tambahan

Salahuddin (tengah) ketika meninjau peralatan Mardi selepas merasmikan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Mardi Kluang hari ini.
A
A

KLUANG - Tiga bidang dijangka menjadi penyumbang kepada lebihan peruntukan mampu diperoleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada pembentangan Belanjawan 2020.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, tiga bidang itu membabitkan sektor penanaman padi, perikanan dan agromakanan.

Menurutnya, hasil perbincangan sebelum ini juga mungkin berpeluang menerima bajet lebihan dalam bidang itu.

“Secara prinsipal MOA telah memaklumkan bidang tertentu yang memerlukan penambahan bajet pada pertemuan dengan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng).

“Jadi saya yakin pertemuan itu membuahkan hasil tetapi jumlahnya, kita tunggu belanjawan nanti,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Mardi Kluang dan Pelancaran Baka Baharu Kambing BK di sini hari ini.

Salahuddin berkata, pemilihan sektor berkenaan juga berikutan jumlah dan keperluan bagi mendapatkan bekalan industri asas tani itu masih di tahap rendah.

Katanya, kerajaan akan memainkan peranan besar bagi memastikan industri pertanian boleh menjadi sumber pendapatan kukuh selain membantu golongan yang memerlukan.

“Kita pilih sektor padi, sektor perikanan melibatkan nelayan dan sektor agromakanan kerana sumber ini masih di paras biasa dan memerlukan peningkatan,” katanya.

Terdahulu, Salahuddin menyatakan kementeriannya yakin boleh memperoleh peruntukan lebih baik dalam pembentangan Belanjawan 2020 pada Oktober depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2020: MOA yakin terima lebih peruntukan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus