Netanyahu enggan lepas jawatan PM

Netanyahu berdepan dakwaan terlibat dalam tiga kes rasuah.- Foto GPO/Avi Ohayon
Netanyahu berdepan dakwaan terlibat dalam tiga kes rasuah.- Foto GPO/Avi Ohayon
A
A
A
RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bertegas enggan melepaskan jawatan jika Peguam Negara menerima cadangan polis untuk mendakwa beliau sebelum kes bagi pihaknya didengari.

Terdahulu, pemimpin Israel itu didakwa terbabit dalam tiga kes rasuah, namun beliau menafikan sebarang salah laku.

Ditanya pada sidang akhbar di Rio de Janeiro semalam, sama ada beliau akan menarik diri daripada pilihan raya jika pendakwaan dilakukan, Netanyahu berkata: “Saya tidak berhasrat meletak jawatan.

“Menurut undang-undang, Perdana Menteri tidak perlu meletak jawatan ketika proses pendengaran.

"Ia tidak berakhir sehingga hujah pihak saya didengari," kata Netanyahu yang telah mengumumkan pilihan raya awal bakal diadakan April ini.
Artikel Berkaitan:


Dalam pada itu, sebahagian penganalisis berkata, Peguam Negara boleh memilih untuk menangguhkan pendakwaan kerana bimbang ia mempengaruhi keputusan pilihan raya. - Reuters