X

Kindly register in order to view this article
!

19 penduduk Kampung Sejuk dipindahkan akibat banjir kilat

banjir kilat
Keadaan rumah penduduk yang dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di kampung itu semalam.
A
A

RAUB - Seramai 19 penduduk melibatkan enam keluarga di Kampung Sejuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok di sini selepas kampung itu dilanda banjir kilat petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA) Zaknal Yusoff berkata, hujan lebat melanda kawasan Dong di sini antara jam 4.30 hingga 6 petang semalam menyebabkan air Sungai Kemalayu, Hulu Dong melimpah dan memasuki rumah penduduk kampung berhampiran.

"Kawasan yang terjejas sekitar Kampung Sejuk melibatkan enam buah keluarga terdiri sembilan lelaki dan lima wanita dewasa serta lima lagi kanak-kanak lelaki dipindahkan ke SK Ulu Atok.

"Banjir disebabkan kesan limpahan air sungai tersebut dan faktor hujan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata,sehingga jam 12.30 tengah malam tadi, keadaan cuaca baik dan paras air naik manakala kesemua mangsa telah mendapat bantuan awal daripada pihak berkaitan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus