'Setahun guna titi reput'

Ramli (depan dari kiri) dan penduduk menunjukkan titi reput yang terpaksa digunakan mereka setiap hari.
Ramli (depan dari kiri) dan penduduk menunjukkan titi reput yang terpaksa digunakan mereka setiap hari.
A
A
A

KUALA KETIL - Penduduk di Kampung Banggol Serdang di sini memohon pihak berwajib membaik pulih titi yang rosak di kawasan itu.

Wakil penduduk, Ramli Idris,67, berkata, titi tersebut yang rosak dan reput sejak setahun lalu digunakan tiga buah keluarga dan menjadi laluan utama mereka ke pekan, sekolah dan sebagainya.

Menurutnya, walaupun titi tersebut sudah dua kali dibaiki, namun kembali rosak setiap kali banjir.

"Titi itu dibuat secara gotong royong menggunakan batang pokok kelapa sawit dan kayu palet. Setiap kali banjir titi tersebut akan rosak dan reput," katanya kepada Sinar Harian.