X

Kindly register in order to view this article
!

'Setahun guna titi reput'

Ramli (depan dari kiri) dan penduduk menunjukkan titi reput yang terpaksa digunakan mereka setiap hari.
A
A

KUALA KETIL - Penduduk di Kampung Banggol Serdang di sini memohon pihak berwajib membaik pulih titi yang rosak di kawasan itu.

Wakil penduduk, Ramli Idris,67, berkata, titi tersebut yang rosak dan reput sejak setahun lalu digunakan tiga buah keluarga dan menjadi laluan utama mereka ke pekan, sekolah dan sebagainya.

Menurutnya, walaupun titi tersebut sudah dua kali dibaiki, namun kembali rosak setiap kali banjir.

"Titi itu dibuat secara gotong royong menggunakan batang pokok kelapa sawit dan kayu palet. Setiap kali banjir titi tersebut akan rosak dan reput," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, penduduk berharap pihak berwajib dapat membina titi lebih kukuh.

"Terpulanglah nak bina macam mana pun asalkan titi baru nanti tak cepat rosak," katanya.

Katanya, sebulan sekali dia perlu melalui titi berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut di klinik kesihatan di Felda Teloi Timur.

"Pak Cik hidap beberapa penyakit. Antaranya darah tinggi. Kudrat pun tak berapa kuat sekarang ini. Lagi-lagi nak lalu atas titi tu.

"Setiap bulan pak cik akan lalu guna titi tu. Memang rasa tak selamat sebab titi dah berlubang dan strukturnya sudah tidak kuat," katanya.

Selain itu penduduk, Hamidah Harun,58, berkata, titi berkenaan sering dilalui cucu-cucunya untuk ke sekolah dan dia amat bimbang dengan keselamatan mereka selagi tidak dibaiki.

"Kami harap masalah titi yang rosak dan reput segera dibaiki. Semalam mak cik lalu laluan alternatif.

"Disebabkan laluan bersemak dan air bertakung, mak cik terjatuh ketika menunggang motosikal ke untuk ke kebun getah," katanya.

Seorang lagi penduduk, Khairul Ishak,30, berkata, titi berkenaan juga sudah beberapa kali dihanyutkan penduduk jika banjir sehinggakan terpaksa diikat pada pokok kelapa sawit.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf