Sila log masuk terlebih dahulu.

Inkues Adib: Kerajaan serah pada PDRM

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan menyerahkan kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan kes melibatkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim selepas Mahkamah Koroner memutuskan keputusan inkues sebagai jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat kes tersebut secara terperinci.

Beliau berkata, siasatan itu akan dilakukan sebaik mungkin untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

"Kerajaan menerima keputusan inkues kematian Allahyarham dan menyerahkan kepada pihak PDRM untuk meneruskan siasatan kes ini menurut undang-undang jenayah negara.

"Saya percaya PDRM akan menyiasat kes ini secara terperinci dan sebaik mungkin untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: