Buruh maut terjatuh dari balkoni

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Vietnam ditemui maut dengan kesan kecederaan di sebuah tapak pembinaan kawasan perumahan di Taman Sutera Utama di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya dimaklumkan mangsa bekerja sebagai buruh di kawasan pembinaan berkenaan.

“Mayat mangsa ditemui di kawasan rumah dua tingkat yang berada dalam pembinaan. Pekerja memaklumkan kali terakhir mangsa dilihat pada jam 11 malam semalam ketika sedang duduk di balkoni rumah tersebut.

“Kira-kira jam 7.30 pagi tadi pekerja menemui mayat mangsa dalam keadaan terbaring di atas longgokan batu bata dengan berpakaian lengkap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata, siasatan awal yang turut mempercayai mangsa telah meninggal dunia akibat terjatuh dari balkoni rumah yang sedang dibina itu.

“Pihak forensik juga mendapati ada kesan luka di bahagian dahi sebelah kiri dan disyaki mangsa dipercayai maut akibat terjatuh dari balkoni.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: