50 GRO ditahan dalam Ops Mega Penutup 2018

Wanita warga asing ditahan selepas salah guna permit, tiada dokumen dan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
Wanita warga asing ditahan selepas salah guna permit, tiada dokumen dan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 50 wanita pelayan pelanggan (GRO) dari Thailand, Myanmar dan Vietnam ditahan Imigresen dalam Ops Mega Penutup 2018 yang diadakan malam tadi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam, berkata, kesemua ditahan dalam operasi berasingan di spa Jalan Kuchai dan Raja Laut serta sebuah pusat karaoke di Jalan Pudu bermula jam 9.30 malam.

Menurutnya, operasi di Jalan Kuchai, pihaknya menahan 26 warga asing termasuk lapan lelaki dari Vietnam, Myanmar dan Thailand.

"Turut ditahan empat warga tempatan terdiri pelanggan dan pengurusnya bagi membantu siasatan. Sementara di Raja Laut seramai enam warga Vietnam dan dua warga tempatan ditahan.

No Image Caption

"Operasi di Jalan Pudu, seramai 26 perempuan warga Thailand dan Vietnam serta seorang warga tempatan ditahan," katanya.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 20-an hingga 40-an didapati menyalahguna pas perjalanan selain tiada dokumen pengenalan diri.

"Ada antaranya meggunakan pas pasangan warga tempatan untuk menjalankan kegiatan tak bermoral. Terdapat juga diantara mereka keluar masuk dalam negara menggunakan pas lawatan untuk bekerja sebagai GRO.

Artikel Berkaitan:

"Kebanyakan lokasi yang diserbu adalah hasil daripada maklumat orang awam termasuk dari keluarga mereka yang terpesong untuk pihak imigresen melakukan risikan sebelum penguatkuasaan diambil," katanya.