Syakilla kibar 'bendera putih'

 Syakilla
Syakilla
A
A
A

RATU karate negara, Syakilla Salni Jafry Krishna telah menghantar surat kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menarik diri daripada Program Podium.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang memaklumkan beliau telah menerima surat daripada Syakilla menerusi e-mel hari ini.

"Kami cuba untuk mengadakan perbincangan dan sebagainya kerana pelan alternatif untuk Syakilla jika gagal layak ke Sukan Olimpik ialah bertanding pada Sukan SEA dalam kategori 61 kilogram ke atas.

"Kami dah bincang dengan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan Institut Sukan Negara (ISN) berkaitan masalah berat badan Syakilla. Apabila kami mahu mengadakan perbincangan dengan Syakilla, malangnya dia telah menghantar surat berhenti daripada pasukan kebangsaan.

"Secara tidak langsung, dia juga memohon untuk melepaskan diri daripada program (podium).

"Dia hanya hantar e-mel tanpa memaklumkan apa-apa sebab," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Sukan SEA di Wisma MOM.

Dengan penarikan diri daripada Program Podium, Syakilla tidak akan berada dalam kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Filipina pada penghujung tahun ini.

Artikel Berkaitan: