Caj baharu bank dasar tidak adil!

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah langkah bank mengenakan bayaran transaksi 50 sen bagi mesin pengeluaran tunai (CRM) dan mesin deposit cek (CQM) serta RM2 bagi bayaran transaksi di kaunter.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, langkah itu dilihat cubaan bank untuk mengambil keuntungan lebih daripada apa yang sudah dilakukan daripada pelaksanaan dasar yang tidak adil.

Katanya, walaupun caj tersebut bermula 1 Oktober ini namun pihaknya sudah menerima aduan daripada pelanggan mengenai perkara itu sejak Mei lalu.

"Kita sudah menghantar surat kepada Bank Negara mengenai perkara itu, namun sehingga kini belum menerima sebarang jawapan.

"Bank mestilah tidak dibenarkan untuk mengambil untung lebih daripada pelanggan dengan melaksanakan 'dasar yang tidak adil'," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut meminta agar Bank Negara segera menghentikan tindakan bank tempatan daripada terus 'mencekik darah pelanggan' memandangkan mereka sudah mengaut keuntungan berbilion ringgit.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Caj terus RM100 kalau nak untung sangat'

Caj baharu bank di Malaysia

Artikel Berkaitan:

Caj bank di kaunter, CDM 'mencekik' rakyat: Rais

Mohideen berkata, beliau dimaklumkan ada bank memaklumkan ia dasar baharu dan pelanggan yang enggan perlu memilih perbankan dalam talian.

“Kami menulis kepada BNM untuk menyatakan bantahan serta mempersoalkan kenapa mereka membenarkan bayaran ini.

Laporan muka depan akhbar Sinar Harian kelmarin.
Laporan muka depan akhbar Sinar Harian kelmarin.

"Kegagalan (Bank Negara) memberi jawapan membawa maksud persetujuan secara diam-diam terhadap dasar baharu bank itu," katanya.

Kelmarin, bekas Penasihat Sosio-budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim mengajak orang ramai membantah tindakan beberapa bank yang mengenakan caj perkhidmatan di kaunter dan mesin CDM bagi pembayaran bil kad kredit.

Menurutnya, caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40.