Tujuh maut bot naga terbalik

Misi menyelamat dijalankan selepas sebuah perahu naga terbalik di Pulau Boracay, Filipina hari ini. - Foto Facebook Philippine Coast Guard
Misi menyelamat dijalankan selepas sebuah perahu naga terbalik di Pulau Boracay, Filipina hari ini. - Foto Facebook Philippine Coast Guard
A
A
A

MANILA - Tujuh ahli pasukan perahu naga Filipina dilaporkan maut apabila bot mereka terbalik di Pulau Boracay ketika menjalani latihan untuk perlumbaan antarabangsa hari ini, kata pihak penyelamat.

Ombak besar menterbalikkan perahu kayu yang dinaiki mereka dan meragut nyawa empat pendayung lelaki dan tiga pendayung wanita.

"Terdapat banyak batu di kawasan kejadian dan berkemungkinan kepala mangsa terhantuk," kata pegawai bencana tempatan, Catherine Ong Fulgencio kepada AFP sambil menerangkan mengapa mangsa gagal menyelamatkan diri meskipun boleh berenang.

Fulgencio berkata, 14 ahli pasukan lain termasuk seorang wanita China dan Rusia berjaya diselamatkan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menurut seorang ahli pasukan yang tidak menaiki perahu, Remedy Aquino, ketika kejadian rakan sepasukannya sedang berlatih untuk perlumbaan Kaohsiung City Cup yang dijadualkan berlangsung di Taiwan pada November depan. - AFP

Artikel Berkaitan: