28 jalan di KL ditutup Ahad ini

Sebanyak 28 jalan sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan sempena acara Kuala Lumpur Standard Chartered International Marathon 2019 Ahad ini.
Sebanyak 28 jalan sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan sempena acara Kuala Lumpur Standard Chartered International Marathon 2019 Ahad ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 28 jalan sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan sempena acara Kuala Lumpur Standard Chartered International Marathon 2019 Ahad ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, antara laluan terbabit ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Abdul Razak dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

"Laluan lain ialah Jalan Tun Ismail, Jalan Dato' Onn, Jalan Sultan Salahudin, Jalan Parlimen, Jalan Damansara, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Dang Wangi, Jalan Kinabalu, bulatan Sultan Hishammuddin (Keretapi Tanah Melayu), Jalan Cenderawasih, Jalan Pahang dan Jalan Kampung Pandan.

"Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jalan Kuching (dari Selayang), Jalan Tuanku Abdul Halim (Duta), Jalan Raja Muda Abdul Aziz (Hospital Kuala Lumpur), Jalan Raja Abdullah (Kampung Baru), Jalan Langgak Tunku dan Jalan Tunku turut ditutup dan dilencongkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mazlan berkata, seramai 445 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan bagi mengawal lalu lintas di sepanjang jalan berkenaan.

"Dijangkakan, 40,000 peserta dalam dan luar negara menyertai acara berkenaan yang terdiri daripada pelbagai kategori antaranya larian sejauh 42 kilometer.

"Semua jalan yang ditutup dan dilencongkan akan dibuka secara berperingkat seawal jam 11.30 pagi," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Artikel Berkaitan:

"Pejalan kaki disarankan menggunakan lintasan dan laluan disediakan selain jejantas di kawasan jalan terbabit.

"Orang ramai diminta memanfaatkan kawasan tempat letak kenderaan disediakan dan mengelak meletak kenderaan di bahu jalan yang mengganggu pergerakan lalu lintas," katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh menghubungi DBKL di talian 03-26179378 atau hotline Trafik Kuala Lumpur 03-20719777 selain Facebook PolisKL, TrafikKL dan Instagram Trafik_KL.