Tawaran urut, seks songsang di ibu kota terbongkar


Jabatan Imigresen Malaysia membongkar kegiatan urut dan seks songsang membabitkan khidmat lelaki warga asing di sebuah premis di Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Jabatan Imigresen Malaysia membongkar kegiatan urut dan seks songsang membabitkan khidmat lelaki warga asing di sebuah premis di Kuala Lumpur, Selasa lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tawaran khidmat urut dan seks songsang lelaki warga asing dengan bayaran RM300 terbongkar menerusi serbuan di sebuah premis di ibu negara Selasa lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi bermula jam 7.15 petang yang dijalankan sepasukan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya itu berjaya menahan enam lelaki warga asing.

Menurutnya, serbuan di premis dua tingkat itu mendapati lima warga Indonesia berperanan sebagai tukang urut dan seorang lagi warga Myanmar ialah penjaga premis atau 'daddy'.

"Siasatan awal mendapati selain khidmat urutan kepada lelaki, mereka juga menyediakan perkhidmatan seks songsang kepada pelanggan lelaki.

"Turut berada di premis semasa serbuan ialah beberapa orang pelanggan warga tempatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, sindiket yang dipercayai aktif sejak tahun lalu itu beroperasi di premis perniagaan dua tingkat dengan menjadikan tingkat satu sebagai pusat urut dan tingkat dua sebagai tempat tinggal.

Katanya, modus operandi sindiket ialah mengiklankan pakej urutan khas untuk lelaki di laman sosial WhatsApp dan Telegram. Bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan urut adalah antara RM200 hingga RM300 untuk tempoh satu jam bergantung kepada ‘pakej’ yang dipilih pelanggan.


Jabatan Imigresen Malaysia membongkar kegiatan urut dan seks songsang membabitkan khidmat lelaki warga asing di sebuah premis di Kuala Lumpur Selasa lalu.
Jabatan Imigresen Malaysia membongkar kegiatan urut dan seks songsang membabitkan khidmat lelaki warga asing di sebuah premis di Kuala Lumpur Selasa lalu.

"Pelanggan yang berminat akan menghubungi nombor telefon yang dinyatakan dan akan dikongsikan gambar-gambar seksi tukang urut lelaki bagi membuat pilihan tukang urut serta pilihan pakej khas urutan.

"Penjaga premis ataupun ‘daddy’ akan memberikan lokasi pandu arah kepada pelanggan," ujarnya.

Tambahnya, kegiatan haram ini dipercayai telah mengaut keuntungan sebanyak hampir RM650,000 hasil daripada perkhidmatan urut dan seks songsang.

Tegas Ruslin, pemeriksaan awal mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki dokumen perjalanan, Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh dan ada yang menyalahgunakan pas.

"Kesemua warga asing berusia lingkungan 26 hingga 38 tahun yang ditahan itu dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Jabatan Imigresen Malaysia membongkar kegiatan urut dan seks songsang membabitkan khidmat lelaki warga asing di sebuah premis di Kuala Lumpur, Selasa lalu.
Jabatan Imigresen Malaysia membongkar kegiatan urut dan seks songsang membabitkan khidmat lelaki warga asing di sebuah premis di Kuala Lumpur, Selasa lalu.

"Tujuh orang lelaki tempatan iaitu pelanggan dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan," ujarnya.

Jelas Ruslin, pihaknya akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan dan mengesan sindiket-sindiket terutamanya yang melibatkan warga asing atau melibatkan kesalahan imigresen.

"Orang ramai juga dipohon supaya terus menyalurkan maklumat berhubung aktiviti yang melanggar undang-undang dan tidak bermoral supaya tindakan pantas dan tegas dapat diambil," katanya.