Menangis air mata kristal

Setakat ini doktor masih belum dapat mengenal pasti masalah yang dialami Kazaryan.
Setakat ini doktor masih belum dapat mengenal pasti masalah yang dialami Kazaryan.
A
A
A

YEREVAN - Seorang wanita di Armenia hidup dalam kesakitan apabila mengeluarkan kristal setiap kali menangis dan bukannya air mata.

Satenik Kazaryan, 22, dari Kampung Spandaryan menangis sehingga 50 kali sehari dan menyifatkan keadaan yang dialami sebagai sangat menyakitkan.

"Ketika berada di klinik gigi saya rasakan seperti ada habuk di dalam mata. Apabila berjumpa pakar beberapa kristal telah dikeluarkan dari mata saya.

"Kehidupan harian saya berubah. Kejadian ini mengejutkan ramai doktor. Mereka tidak mengetahui jenis penyakit dan bagaimana untuk merawatnya," katanya turut menyifatkan dia kini hidup seperti dalam neraka.

Kazaryan mengumpul kristal yang keluar dari mata di dalam sebuah kotak.
Kazaryan mengumpul kristal yang keluar dari mata di dalam sebuah kotak.

Sementara itu, pakar Oftalmologi, Tatyana Shilova berkata, patologi seperti itu jarang berlaku dan ia menyukarkan pasukan perubatan untuk mengenal pasti punca.

Namun menurut Shilova, dalam keadaan tertentu penyakit genetik atau keradangan mata dan badan secara keseluruhan boleh menyebabkan berlakunya perubahan dalam komposisi air mata.

"Dalam air mata terdapat protein, lemak, elemen mikro dan komposisi ionik tertentu. Jika kepekatan garam meningkat, ia mempercepatkan proses kristalisasi. Ketumpatan protein dalam air mata juga boleh meningkat," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Shilova tutut memberi amaran bahawa air mata kristal boleh menjadi simptom kepada masalah lain.

"Kristal bukan hanya terjadi di membran mukus mata tetapi juga boleh terbentuk di dalam hati, buah pinggang dan garam dalam organ. Ia bahaya dan perlu dirawat," katanya lagi.

Salah satu cadangan adalah menghantar Kazaryan ke luar negara untuk diagnosis serta mendapatkan rawatan, namun keluarganya miskin dan hanya bekerja sebagai petani. - Agensi