Tindakan AADK perlu dicontohi: Pemadam

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) memuji tindakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengadakan ujian saringan air kencing terhadap 2,841 kakitangannya.

Timbalan Yang Dipertua Pemadam, Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, ini membuktikan AADK yang diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah serius dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pekerja khususnya di jabatan dan agensi kerajaan.

“Tindakan beliau sepatutnya dicontohi oleh semua ketua jabatan sama ada kerajaan mahupun swasta.

“Ini demi memastikan kakitangan di bawah seliaan mereka bebas daripada dadah serta mengamalkan budaya kerja yang sihat dan proaktif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, empat anggota AADK positif dadah dan ia terbongkar selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

Sehubungan itu, AADK akan membuat ujian secara agresif di jabatan kerajaan dan swasta bagi mengesan penyalahgunaan dadah di tempat kerja.

Artikel Berkaitan: