1,364 pesakit buah pinggang di Terengganu

Ariffin menyerahkan kunci kepada Mohd (kanan) di Majlis Penyerahan Kunci Pusat Hemodialisis Telaga Mengkudu.
Ariffin menyerahkan kunci kepada Mohd (kanan) di Majlis Penyerahan Kunci Pusat Hemodialisis Telaga Mengkudu.
A
A
A

MARANG - Bagi menampung keperluan pesakit buah pinggang yang dikatakan semakin meningkat, kerajaan terus berusaha dalam menyediakan lebih banyak pusat hemodialisis di Terengganu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Mohd Jusoh berkata, setakat ini terdapat 25 buah pusat hemodialisis di seluruh negeri termasuk enam daripadanya di bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia dan empat pusat dibangunkan kerajaan negeri melalui Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS)

“Enam buah lagi dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sembilan buah adalah milik swasta. Semua kemudahan ini mampu menampung keperluan 1,364 orang pesakit.

“Pusat hemodialisis terbaru yang dibina di Telaga Mengkudu, Marang itu dijangka akan beroperasi pada pertengahan tahun depan di bawah kendalian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu,” katanya.

Beliau berkata kepada Sinar Harian selepas Majlis Penyerahan Kunci Pusat Hemodialisis Telaga Mengkudu disempurnakan Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman di Telaga Mengkudu di sini, hari ini.

Menurutnya, Pusat Hemodialisis Telaga Mengkudu yang terletak dalam Dun Alor Limbat itu mampu menampung keperluan 50 pesakit termasuk golongan kurang berkemampuan.

“Lebih tepat lagi, pembukaan pusat hemodialisis ini akan dapat mendekatkan pesakit untuk mendapatkan rawatan secara berkala dan konsisten termasuk pesakit yang dalam senarai menunggu.

“Setakat ini kita mempunyai seramai 100 pesakit dalam senarai menunggu di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang yang boleh menggunakan kemudahan di Telaga Mengkudu ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: