X

Kindly register in order to view this article
!

Empat pelancong China maut di Utah

Empat terbunuh manakala 15 lagi cedera parah dalam nahas bas berhampiran Taman Negara Bryce Canyon, Utah.
A
A

LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan 15 yang lain cedera parah selepas sebuah bas membawa pelancong warga China terbabas berhampiran Taman Negara Bryce Canyon di barat negeri Utah, Amerika Syarikat semalam.

Peronda lebuh raya Utah dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku kira-kira 11 kilometer dari pintu masuk taman berkenaan dan ia menyebabkan laluan terpaksa ditutup bagi membolehkan ambulans dan kenderaan penyelamat dikejarkan ke lokasi nahas.

Menurutnya, seramai 30 orang termasuk pemandu berada di dalam bas itu.

“Empat orang maut dan seramai 12 hingga 15 orang kritikal manakala 10 lagi sama ada cedera ringan atau serius,” katanya di Twitter.

Beberapa gambar turut dimuat naik ke laman sosial menunjukkan keadaan bumbung remuk dan tercabut.

“Bas itu menuju ke arah timur ketika ia terbabas dan melanggar penghadang jalan,” kata Jabatan Syerif Daerah Garfield di akaun Facebook.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke beberapa buah hospital tempatan dengan menggunakan helikopter. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!