Twitter tutup ribuan akaun palsu

Gambar Hiasan. Foto: Getty Images
Gambar Hiasan. Foto: Getty Images
A
A
A

SAN FRANCISCO - Laman blog mikro, Twitter hari ini menutup ribuan akaun di seluruh dunia yang didakwa menyebarkan maklumat salah.

Antara akaun yang dikenakan langkah itu adalah milik individu pro-Arab Saudi dari Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyasarkan Qatar dan Yemen serta dari China yang cuba meningkatkan lagi ketegangan dalam kalangan penunjuk perasaan di Hong Kong.

Selain itu, ribuan akaun palsu yang turut digantung adalah di Sepanyol dan Ecuador.

Ia mengambil langkah sama dibuat Facebook pada bulan lalu yang memadamkan akaun palsu berpusat di Kaherah, Riyadh dan Abu Dhabi kerana berkongsi maklumat salah tentang lokasi panas di Asia Barat dan cubaan memburukkan lagi situasi di Hong Kong. - AFP

Artikel Berkaitan: