X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Tiada tawaran kerakyatan kepada warga asing beli rumah mewah

Wan Azizah (tengah) cuba menenangkan Nour Shafinar (kanan) yang sebak dengan kunjungan ziarah Timbalan Perdana Menteri ke kediaman Allahyarham Mejar Mohd Zahir di Kem Wardieburn, Setapak hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan tawaran penjualan rumah mewah tidak laku di negara ini kepada warga asing menerusi cadangan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) tidak sesekali melibatkan tawaran pemberian kerakyatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan dikemukakan Menteri Perumahan dan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin itu baru dibincangkan di peringkat Kabinet dengan penawarannya bukan sahaja melibatkan warga China dan Hong Kong tetapi negara-negara luar lain.

Menurutnya, mesyuarat itu turut membincangkan mengenai terma dan syarat perlu ditetapkan bagi memastikan warga asing berkelayakan sahaja ditawarkan pembelian rumah-rumah mewah tidak laku yang di negara yang berdepan masalah lambakan.

"Antaranya (terma dan syarat) ialah warga asing berminat perlu menunjukkan tahap kecairan aset (yang kukuh) dengan mereka tidak boleh dijanjikan kerakyatan negara seperti MyKad dan sebagainya.

"Selain itu, hanya mereka yang layak menerima visa untuk penyertaan program Malaysia My 2nd Home(MM2M) membabitkan tempoh pendudukan lebih 10 tahun akan dipertimbangkan untuk ditawarkan pemilikan rumah-rumah mewah tidak laku berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan ziarah melawat keluarga balu kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun,31, di Kem Wardieburn, Setapak di sini hari ini.

Pada 4 September lalu, pegawai 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, terkorban selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.

Dalam kunjungan ziarah itu, Wan Azizah berkesempatan menyerahkan sumbangan RM5,000 dan bantuan kepada anak-anak Allahyarham Mejar Mejar Mohd Zahir kepada balunya.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Panglima Gerup Gerak Khas, Mejar Jeneral Datuk Hasan Ali.

Sementara itu, Nour Shafinar sewaktu ditemui berkata, dia reda dengan pemergian Allahyarham dan menganggap kejadian menimpa suaminya sebagai satu kejadian kemalangan.

Menurutnya, pihaknya turut meminta orang ramai menghentikan sebarang spekulasi negatif berterusan terhadap punca kematian Allahyarham suaminya.

"Kami sekeluarga turut berterima kasih kepada pihak kerajaan yang berjanji akan terus membantu menguruskan kebajikan kami terutama anak-anak pada masa hadapan," katanya.

TPM lawat balu Mejar Mohd Zahir Armaya

TPM lawat balu Mejar Mohd Zahir Armaya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat balu kepada arwah Mejar Mohd Zahir Armaya, Nour Shafinar Harun di Blok G 06-A-07-01, RKAT Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur. Laporan MOJO, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN Dapatkan berita menarik di https://www.sinarharian.com.my/ Untuk lebih banyak bahan menarik, jangan lupa klik di Bio link kami di linktr.ee/sinarharian

Posted by Sinar Harian on Thursday, September 19, 2019


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!