Pembenihan awan berjaya di beberapa lokasi: MetMalaysia

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Selangor, Perak serta Pulau Pinang pada hari ini.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah MET Malaysia, Jailan Simon berkata, OPA berjaya menghasilkan hujan terutamanya di kawasan utara Semenanjung walaupun tidak secara menyeluruh.
"Hujan dilaporkan di Balik Pulau, Seberang Perai, Kulim dan Sungai Petani.
"Pesawat TUDM untuk OPA telah berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang kira-kira jam 12.45 tengahari.
"Pasukan OPA telah mendarat semula di Pangkalan Udara TUDM Subang pada jam 3.50 petang," katanya.
Namun begitu, Jailan berkata, pasukan OPA berdepan beberapa cabaran antaranya kesukaran mencari awan sesuai akibat jerebu dan kesukaran pesawat untuk melalui kawasan-kawasan sasaran seperti di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar, Perak kerana faktor muka bumi yang berbukit-bukau.
"Selain itu, pesawat juga mengalami kesukaran untuk meningkatkan keberkesanan OPA di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana kebenaran penerbangan yang terhad sehingga ketinggian 4,000 kaki sahaja agar tidak mengganggu aliran trafik udara," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan atmosfera dari semasa ke semasa dan melaksanakan OPA apabila keadaan sesuai bagi mengurangkan kesan jerebu di kawasan yang terlibat selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Pajakan 28 helokopter jimat RM3 bilion, bomba terima dua AW139 - Nga Kor Ming
04 November 2026 03:36pm'Jangan panik, bekalan beras cukup' - Mohamad Sabu
04 November 2026 03:15pm'Terima kasih untuk doa yang tidak putus-putus untuk Hasmah' - Tun Mahathir
04 November 2026 02:39pmSuper El Nino: Suhu sehingga 40 darjah celsius ancam tanaman, KPKM sedia laksana pembenihan awan
04 November 2026 02:31pmBekas isteri Najib kritikal di ICU, Nizar mohon doa kesembuhan buat ibu
04 November 2026 01:49pmPekerja pembersihan maut ketika bertugas
03 November 2026 07:22pmSelepas tiga hari, jasad suami ditemui bawah pam menyedut pasir
03 November 2026 03:56pmRemaja rogol anak saudara usia 12 tahun hingga hamil diperintah ke Henry Gurney
03 November 2026 05:18pmDa'i Syed menangis dilepas dan dibebaskan tuduhan merogol
04 November 2026 11:05am- Iklan -- Iklan -
