TNB tunjuk minat ceburi sektor 'jalur lebar borong': Gobind

Gobind (kiri) dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Al-Ishsal Ishak bercakap pada sidang media selepas perasmian Majlis Pelancaran Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Gobind (kiri) dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Al-Ishsal Ishak bercakap pada sidang media selepas perasmian Majlis Pelancaran Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tenaga Nasional Bhd (TNB) menunjukkan minat untuk menceburi bidang telekomunikasi negara secara serius terutama dalam sektor 'jalur lebar borong'.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, TNB memaklumkan mengenai inisiatif terbaru syarikat itu berkaitan telekomunikasi, termasuk menyasarkan memberi perkhidmatan jalur lebar kepada 11,000 buah rumah di Melaka.

"Mereka juga menunjukkan minat mengembangkan perkhidmatan sama di Kedah, Perak dan Johor dan saya harap TNB juga melihat potensi sama di negeri-negeri lain," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di sini hari ini.

Pelan lima tahun NFCP (2019-2023) itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, Gobind berkata, projek rintis sistem rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dengan kemudahan teknologi gentian optik yang dijalankan TNB di Jasin, Melaka telah menunjukkan hasil yang baik.

"Ini menunjukkan sekiranya TNB berhasrat untuk menceburi industri ini, saya rasa mereka boleh main peranan sangat penting kerana mereka ada infrastruktur sedia ada yang meluas di seluruh Semenanjung Malaysia," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: