Pembunuh bersiri dikenal pasti selepas 33 tahun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEOUL - Polis Korea Selatan akhirnya mengenal pasti suspek dalam salah satu kes pembunuhan bersiri paling terkenal di negara itu, lebih 30 tahun selepas 10 mangsa pertama dibunuh.

Menurut Superintenden Jeneral Ban Gi-soo, pihak berkuasa menggunakan teknik forensik terkini dan mengenal pasti Lee Chun-jae, 56, sebagai suspek dalam sekurang-kurangnya tiga pembunuhan tersebut.

Ban Gi-soo berkata, sampel yang dikutip daripada bahan bukti termasuk seluar dalam mangsa sepadan dengan DNA Lee.

Suspek kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana merogol dan membunuh kakak iparnya pada tahun 1994, namun nafi terlibat dalam pembunuhan di kawasan luar bandar Hwaseong, dekat selatan Seoul.

Oleh kerana tempoh masa 10 pembunuhan terakhir tamat pada April 2006, Lee tidak akan didakwa untuk kes tersebut.

Ketua Polis Wilayah Gyeonggi, Bae Yong-ju menegaskan, pihaknya akan terus mendedahkan kebenaran kepada mangsa dan keluarga mereka, serta ia hak rakyat untuk mengetahui tentang kes berkenaan.

Antara tahun 1986 dan 1991, lebih dua juta polis dikerah bagi mencari individu yang bertanggungjawab merogol dan membunuh wanita di Hwaseong.

Siasatan dijalankan ke atas kira-kira 21,000 individu dan membandingkan lebih 20,000 cap jari itu bagaimanapun gagal.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakan mangsa terdiri daripada remaja sehingga wanita berusia 70-an.

Pada 2003, kes ini diangkat ke layar perak oleh pengarah filem Bong Joon-ho dengan tajuk Memories of Murder dan mendapat kutipan 'box office'. - Agensi