Beberapa terowong ECRL akan dibina di Negeri Sembilan

Aminuddin (dua dari kanan) pada sidang media hari ini.
Aminuddin (dua dari kanan) pada sidang media hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Beberapa terowong akan dibina di laluan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Negeri Sembilan yang melibatkan pembinaan dua stesen di Kuala Klawang, Jelebu dan Nilai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerja-kerja pembinaan projek itu yang dapat memberi limpahan ekonomi di negeri ini akan bermula pada suku ketiga tahun depan.

""Pembinaan laluan ECRL ini dijangka mengambil masa tujuh tahun yang mana turut melibatkan pembinaan beberapa buah terowong.

"Tapi berapa panjang terowong itu masih belum dapat dipastikan, tapi akan ada beberapa terowong dan tengok pada keperluan. Mungkin akan ada satu terowong yang panjang dari Kuala Klawang ke Nilai," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sementara itu ditanya lokasi pembinaan Stesen ECRL di Nilai, beliau berkata ia berhampiran kawasan Nilai 3.

Beliau berkata, selain menyediakan perkhidmatan untuk penumpang, stesen itu juga menyediakan perkhidmatan kargo yang mana akan menghubungkan Putrajaya Sentral dan Pelabuhan Klang.

Dalam perkembangan lain, mengenai Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang dikatakan tidak mempunyai sijil pematuhan kod (CCC) atau dikenali sebagai sijil layak menduduki (CF), beliau berkata, pemeriksaan dilakukan pihak berkaitan mendapati ia berada dalam keadaan baik.

"Kita sudah semak dengan majlis, pemeriksaan oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengesahkan ia selamat dan berada dalam keadaan baik.

Artikel Berkaitan:

"Tiap-tiap tahun kita buat pemeriksaan tahap keselamatan stadium ini dan kita akan buat semakan semula berkenaan dengan sijil CCC itu dengan pihak Majlis Perbandaran Seremban," katanya.