PM Israel gagal raih majoriti besar kerusi Parlimen

Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu gagal meraih majoriti besar kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum negara itu.

Tinjauan awal tiga stesen televisyen terbesar Israel menunjukkan undian kini berpihak kepada Parti Biru dan Putih di bawah pimpinan Benny Gantz dengan majoriti tipis.

Namun, kedua-dua parti masih gagal mengumpul 120 kerusi Parlimen tanpa sokongan Parti Yisrael Beitenu di bawah pimpinan Avigdor Lieberman.

Setakat ini, keputusan semasa beri bayangan bahawa ketiga-tiga parti akan bergabung untuk membentuk satu kerajaan perpaduan.

Terdapat kira-kira 6.4 juta rakyat Israel yang layak mengundi dalam pilihan raya itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat yang mengawasi pengundian.

Bertanding bagi merebut 120 kerusi dalam parlimen satu dewan, atau Knesset, adalah 29 parti selepas dua parti menarik diri sejak beberapa minggu lepas.

Pungutan suara meramalkan bahawa kira-kira 10 daripada mereka akan melepasi ambang pilihan raya dan berjaya menempatkan diri dalam Knesset.

Pilihan raya itu diadakan oleh Netanyahu selepas beliau gagal membentuk sebuah gabungan pemerintah susulan pengundian pada April. - Agensi

Artikel Berkaitan: