Parasit makan otak budak

Lily Mae mengalami jangkitan otak akibat serangan ameba dikenali Naegleria fowleri.
Lily Mae mengalami jangkitan otak akibat serangan ameba dikenali Naegleria fowleri.
A
A
A

AUSTIN - Seorang budak perempuan di Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama lebih seminggu akibat mengalami penyakit yang jarang berlaku, gara-gara berenang di sungai dan tasik Texas.

Lily Mae Avant, 10, diserang ameba iaitu sejenis parasit pemakan sel otak ketika berenang di Sungai Brazos dan Tasik Whitney berhampiran Waco ketika cuti Hari Pekerja pada hujung minggu awal bulan ini.

Menurut keluarganya, tidak lama selepas itu Lily Mae mengadu sakit kepala dan mengalami demam pada minggu berikutnya.

Keadaan kesihatannya yang semakin merosot memaksa dia dibawa ke hospital umum sebelum dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Cook di Fort Worth pada 8 September lalu.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Texas berkata, Lily Mae mengalami jangkitan otak akibat serangan ameba dikenali Naegleria fowleri.

Tanda awal jangkitan pada kebiasaannya dikesan kira-kira seminggu selepas ameba masuk melalui hidung, bergerak ke otak dan memusnahkan sel tisu otak.

“Ameba hidup dalam air tawar di seluruh Texas dan beberapa kawasan di AS. Kes ini jarang berlaku, walaupun jutaan orang berenang di tasik dan sungai setiap tahun,” kata jurucakap agensi Chris Van Deusen kepada stesen televisyen KWTX.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), sebanyak 34 kes Naegleria fowleri direkodkan antara tahun 2009 dan 2018.

Artikel Berkaitan:

Daripada 145 yang diketahui antara 1962 dan 2018, hanya empat orang yang terselamat. - Agensi